Sunday, April 7, 2019

Jom Pakat Mai Putrajaya!!

Di putrajaya terdapat tempat-tempat yang menarik yang perlu anda kunjungi 😁😁


Di Putrajaya terdapat banyak tempat untuk anda kunjungi bersama keluarga anda yang tercinta pada hujung mingguπŸ’
Antaranya:


  1. Monumen Alaf Baru
  2. Pantai Buatan
  3. Jambatan Seri Wawasan
  4. Dataran Putrajaya 
  5. Foodtruck 
  6. PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya)
  7. Masjid Putra
  8. Masjid Besi/Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  9. Cruise Tasik Putrajaya
  10. Ayer 8






Monumen Alaf Baru




  
Photo courtesy of Naiza A



Monumen Alaf Baru merupakan monumen/tugu negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terletak di Presint 2, Putrajaya,Malaysia. Tahukah anda yang di bawah tugu ini juga tertanamnya kapsul masa yang ditanam oleh Tun Dr Mahathir dan ia akan dibuka pada tahun 2020 ini !!


Berhampiran dengan tugu ini juga terletaknya kedai makan Umai Cafe...Disini anda boleh menjamu selera sambil menghayati permandangan Tasik Putrajaya yang cantik

  • Lokasi: Lebuh Ehsan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: 24 Jam
  • Masuk: Percuma 




Pantai Buatan









Siapa sangka yang putrajaya tiada pantai?? hahaha mesti tak sangka kan...Dekat situ anda boleh membuat pelbagai aktiviti riadah seperti berjogingg, bermandi manda dan berkelah bersama keluarga jika mahu bercuti tetapi anda tidak mencukupi masa untuk berjalan jauh disini lah tempat yang paling sesuai untuk anda kunjungi bersama-sama anak-anak anda  πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦...

Di situ juga anda boleh membuat aktiviti seperti hari keluarga tetapi untuk melakukan itu anda perlu meminta kebenaran dahulu daripada pihak perbadanan untuk melakukan aktiviti seperti itu tetapi jikalau hanya untuk berkhelah maka tak perlulah...Disamping itu, ada juga pengantin yang menangkap gambar disitu kerana latar belakang dan landskapnya yang begitu lawa



  • Lokasi: Presint 5, 62000 Putrajaya
  • Masa: 24 Jam
  • Masuk: Percuma




Jambatan Seri Wawasan







Jambatan Seri Wawasan adalah jambatan yang utama di bandar raya yang terancang di Putrajaya,pusat pentadbiran dan pentadbiran persekutuan (2001) Malaysia yang baru.Jambatan ini dibina dengan kabel futuristik asymmetrik dan pylon maju yang cenderung yang menyerupai kapal layar dan bercahaya berwarna-warni pada waktu malam...

Jambatan ini juga dibina untuk melintasi Tasik Putrajaya (Tasik Putrajaya merupakan tasik tiruan yang dibina untuk penyejukan semulajadi) mesti anda tidak sangka kan-kan....
Jambatan ini menghubungkan Presint 2,dimana kerajaan utama terletak di kawasan perumahan Presint 8,9.

  • Lokasi: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: 24 Jam





Dataran Putrajaya








Dataran Putra adalah dataran bandar yang dibina di Presint 1,Putrajaya dan ia terletak di hadapan Masjid Putrajaya dan Jabatan Perdana Menteri...Dataran ini juga digunakan untuk sambutan sesuatu majlis seperti perarakan Kemerdekaan...Dan diwaktu malam pula tredapat pelbagai aktiviti yang anda boleh buat seperti berbasikal mengelilingi dataran itu jika anda tiada basikal jangan risau disini juga ada boleh menyewanya pada harga yang berpatutan πŸ˜πŸ”₯


  • Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: 24 Jam




Foodtruck Presint(2)




Photo Courtesy of  Putrajaya Food Trucks



Jika anda ingin mengubah selera untuk makan di luar selain daripada restoran atau kedai mamak disini adalah tempat yang menarik dengan pelbagai jenis makanan seperti tortilla chicken,roti john cheese,ice blended dan macam-macam lagi...

Kebiasaannya suasana pada waktu malam disini meriah lebih-lebih lagi pada malam minggu tetapi tempat duduk agak terhad tapi jangan risau anda boleh membawa tikar sendiri dan makan sambil bersantai bersama keluarga dan disini juga berdekatan dengan tasik..Anda juga dapat menikmati keindahan tasik pada waktu malam berhampiran




  • Lokasi: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: Setiap Hari Dari 5pm Hingga 12am
  • Masuk: Percuma 




PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya)







PICC atau nama penuhnya Putrajaya International Convention Centre.Ia mula dibina pada tahun 2001 dan siap dibina pada 2003...Ia merupakan mercu tanda yang dirancang oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad..jika dilihat dari hadapan ia kelihatan seperti 'Wau' (sebuah layang-layang dari Kelantan dan Terengganu) dan reka bentuknya berdasakan bentuk mata pending perak (tali pinggang kerajaan perak melayu)..
Di dalam picc ini juga terdapat 57 buah dewan yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis majlis seperti majlis persidangan,ceramah motivasi,kenduri dan lain-lain..



  • LokasiJalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masuk: Percuma




Masjid Putra 








Masjid Putra merupakan mercu tanda dan masjid utama di Putrajaya..Masjid ini dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 1999..ia terletak bersebelahan dengan pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Tasik Putrajaya.
Pada hari jumaat masjid ini akan dibanjiri dengan puluhan ribu orang untuk menunaikan solat jumaat...Masjid ini boleh menampung kira-kira 15,000 orang/jemaah pada satu masa..selain itu disini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti perpustakaan,auditoriun,dewan makan dan dewan kuliah..
(kepada non muslims dibenarkan melawat pada luar waktu solat mengikut syarat-syarat tertentu seperti menutup aurat)



  • Lokasi: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa (waktu pelawat): Sabtu-Khamis: 9.a.m-12.30.p.m,2.p.m-4.p.m,5.40.p.m-6.p.m                                                    Jumaat: 3.p.m-5.30-6.p.m
  • Masuk: Percuma
                                       



Masjid Besi 








Masjid besi atau nama penuhnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak di Presint 3,Putrajaya Masjid ini mula dibina pada 2004 dan siap pada 2009...Masjid ini dapat menampung kira-kira 24,000 jemaah mengikut penduduk di kawasan sekitar pusat bandar di Presint 2,Presint 3 dan Presint 4..Percaya atau tidak masjid ini mempunyai keluasan berkali ganda dari Masjid Putra.Masjid ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik pameran yang boleh menampung sehingga 250 orang,bilik jenazah dan juga ruang untuk bazar dan berurus niaga di dalam ruang masjid bagi mereka yang ingin mencari rezeki 😁


  • Lokasi: 25, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan             Putrajaya
  • Masuk: Percuma






Cruise Tasik Putrajaya







Bagi mereka yang teringin untuk merasai pengalaman menaiki 'Cruise' di tengah bandar,saya mencadangkan agar anda mengunjungi Cruise Tasik Putrajaya yang terletak di Presint 1,Putrajaya..
Di sini juga anda boleh bersantai bersama keluarga sambil menikmati permandangan yang indah di sepanjang perjalanan menaiki 'Cruise'..Ianya merupakan pengalaman yang sungguh indah bagi mereka yang menaikinya.Cruise ini menawarkan pelbagai pakej seperti "sight seing early bird","footloose and cruise" dan macam-macam lagi...

(Untuk ketahui dengan lebih lanjut sila klik di sini "")



  • Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: Isnin-Khamis 10.a.m-7.p.m/Jumaat 10.a.m.-8.p.m
  • Masuk: (Harga Mengikut Pakej Tertentu) 😘



Ayer 8


 

  


Walaupun Ayer 8 tidak disenaraikan sebagai kawasan yang paling dicadangkan untuk dikunjungi tetapi ia merupakan satu kerugian jika anda melepaskan peluang untuk melihat sendiri suasana di malam hari tetapi suasana ini hanya dapat dirasai pada malam minggu sahaja...
Kalau dilihat pada waktu siang ia kelihatan seperti deretan kedai biasa tetapi lain pula pada waktu malam deretan kedai tersebut seakan-akan menjadi taman hiburan kerana disimbahi dengan lampu berwarna-warni yang memukau pandangan...Disini juga terdapat pelbagai makanan seperti kedai ikan bakar,nasi lemak royale dan macam-macam


 Video diatas adalah antara yang sempat dirakamkan semasa saya disana 🎬..
  • Lokasi:  Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: 8.a.m.-10.p.m.
  • Masuk: Percuma